Hafidz Roshdi perlu buat laporan polis semula

Iklan
Pelakon, Hafidz Roshdi sebelum ini memberitahu sudah membuat dua laporan polis selepas mendakwa isterinya, Shuhada menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp menyatakan hasrat untuk mengugurkan kandungan beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu.

SHAH ALAM - Polis meminta pelakon, Hafidz Roshdi untuk membuat laporan semula berhubung dakwaan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, yang menyatakan hasrat untuk mengugurkan kandungan, beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya sebelum ini menerima dua laporan berkaitan perkara tersebut pada 17 April dan 6 Mei lalu.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun pihak polis tidak membuka kertas siasatan ke atas kedua laporan tersebut.

"Laporan polis telah dirujuk kepada pihak Mahkamah Syariah kerana kes berkaitan dengan isu ini masih berjalan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, sekiranya benar dakwaan pengadu, satu laporan polis haruslah dibuat bagi siasatan lebih lanjut dijalankan bersama maklumat berkaitan.

Hafidz Roshdi sebelum ini membuat dua laporan polis dan mendakwa isterinya, Shuhada menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp, menyatakan hasrat untuk mengugurkan kandungan.

Iklan

Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi berkata, laporan polis pertama dibuat untuk melindungi dirinya sementara laporan kedua selepas mendakwa, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, meminta wang untuk kos keguguran.

Pelakon berusia 29 tahun itu berkata, dia tidak pernah bersetuju malah menghalang Shuhada mengambil tindakan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Hafidz Roshdi lapor polis isu Shuhada keguguran

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Pengesahan lafaz cerai Hafidz Roshdi, Shuhada 20 Jun ini

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi hadir prosiding kes cerai isterinya

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi sudah ke Hospital Bahagia

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Hafidz Roshdi keguguran di usia kandungan 14 minggu