SHAH ALAM - Polis mengesahkan menerima dua laporan daripada pelakon Muhammad Hafidz Roshdi berhubung dakwaan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri menggugurkan kandungan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan pada 9 malam 17 April dan 1.21 tengah malam 6 Mei lepas, namun tiada sebarang siasatan lanjut dibuat ke atas laporan itu.