Berbasikal ke lima rumah asnaf

Iklan
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) diiringi Mujahid, Rina dan Syed Hussein bersiap sedia berkayuh untuk Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019, di Taman Tasik Keramat, hari ini.

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengadakan program berbasikal ke lima rumah asnaf di Lorong Keramat dalam program Jelajah Rahmah Asnaf @Ambang Ramadan 2019, pagi tadi.

Kayuhan sejauh 3 kilometer (km) disertai 100 peserta diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee.

Iklan
Iklan

Kayuhan bermula dari Taman Tasik Datuk Keramat singgah ziarah lima orang asnaf dan berakhir di Masjid Al-Akram.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) berkenan membuat pelepasan peserta kayuhan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, program agihan seperti Jelajah Rahmah Asnaf perlu diperbanyakkan dan dilakukan secara menyeluruh bagi mengenal pasti mereka yang layak serta memerlukan.

Iklan

"Agensi-agensi yang menguruskan zakat perlu lebih proaktif dan kreatif menghebahkan maklumat program serta kesedaran kepentingan berzakat dalam kalangan masyarakat umum menggunakan teknologi maklumat.

"Golongan asnaf dan penerima zakat disyorkan memanfaatkan bantuan dan berusaha mengubah taraf kehidupan daripada penerima kepada pembayar zakat satu hari nanti," titahnya.

Iklan

Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan bantuan tunai dan barangan keperluan harian kepada 100 asnaf yang hadir di Masjid Al-Akram.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan kepada asnaf.

Sementara itu, Mujahid berkata, beliau meletakkan keyakinan MAIWP mampu mencapai sasaran kutipan zakat RM1 bilion, tahun ini.

"Anggap sasaran itu sebagai satu motivasi yang bukan mengejar kutipan sebaliknya dengan wang tersebut boleh memperluaskan lagi program bantuan.

"Wang tersebut boleh digunakan dalam program sasaran tiga hingga empat peratus keluarga miskin keluar dari kepompong itu menerusi suntikan modal perniagaan atau peralatan," katanya.

Menjelaskan mengenai dakwaan asnaf tercicir menerima bantuan katanya, Kuala Lumpur adalah melibatkan kawasan miskin bandar dan dua pendekatan diambil bagi menyelesaikan masalah itu.

"Asnaf dikesan melalui senarai nama sedia ada dan pegawai yang turun padang bagi mencari keluarga susah yang tidak tahu mengenai bantuan yang boleh dimohon.

"Ia bukan perkara yang sengaja dilakukan namun ada beberapa kekangan yang perlu di tambah baik. Bantuan zakat bukan tertumpu kepada golongan asnaf sahaja sebaliknya pelbagai termasuk pembiayaan pendidikan dan kesihatan," katanya.

Tambahnya lagi, MAIWP bukan hanya perlu memikirkan usaha mencapai sasaran RM1 bilion dalam masa sama meningkatkan juga keberkesanan bantuan kepada golongan memerlukan.