Kemboja 2023: Presiden FFC tak jadi letak jawatan

Iklan
Sokha

PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC), Sao Sokha berkata, beliau akan kekal dalam mengemudi badan induk itu sehari selepas mengumumkan peletakan jawatannya berikutan rayuan daripada perdana menteri dan peminat sukan paling popular negara tersebut.

Terdahulu, Sokha mengumumkan peletakan jawatannya serta-merta selepas skuad Kemboja B-22 tewas 0-2 kepada Myanmar pada aksi ketiga kumpulan A Sukan SEA 2023 di Phnom Penh.

Iklan
Iklan

Sokha membuat janji itu selepas skuad kendalian Ryu Hirose tersebut hanya mencatatkan keputusan seri pada aksi kedua bertemu Filipina selain menyifatkan kekalahan sebagai memalukan dengan status Kemboja sebagai tuan rumah serta diperkuatkan sokongan padu rakyat negara berkenaan.

Perdana Menteri, Hun Sen bagi pihak kerajaan, menggesa Sokha untuk membatalkan keputusannya sambil berkata bahawa bola sepak Kemboja beransur-ansur bertambah baik di bawah bimbingannya.

Iklan

Tambah Sokha, yang juga timbalan ketua komander angkatan tentera Diraja Kemboja berkata,"Sebagai respons kepada kepercayaan perdana menteri dan semua peminat bola sepak di Kemboja, saya merayu kepada semua kelab untuk terus melakukan pembaharuan dan membangunkan semua bahagian bola sepak."

Sebagai rekod, Kemboja menjadi tuan rumah Sukan SEA 2024 dari 5 Mei hingga 17 Mei ini.

Iklan