Kenaikan gaji yang ditunggu-tunggu

Iklan
Kerajaan sedang meneliti secara dasar sistem gaji progresif di negara ini dengan perbincangan serta proses libat urus mengenainya sudah bermula membabitkan pelbagai sektor. - Gambar hiasan

SEGALA-GALANYA musnah apabila Covid-19 melanda seluruh dunia dan meninggalkan kesan yang amat dahsyat serta memerlukan masa untuk pulih semula.

Pada hari ini, inflasi berada paras yang tinggi menyebabkan kos sara hidup meningkat menyebabkan gaji yang diterima oleh pekerja mengecil.

Iklan
Iklan

Jadi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya gaji minimum kakitangan awam dinaikkan daripada RM1,200 ke RM1,800.

Bagi sektor swasta pula terdapat laporan yang mengatakan majikan di negara ini diunjur meningkatkan belanjawan gaji pekerja mereka sebanyak lima peratus pada tahun ini.

Iklan

Bagaimanapun, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menganggap kenaikan tersebut sedikit kerana tidak setimpal dengan situasi pada hari ini.

Semalam, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pula mendedahkan kerajaan sedang meneliti secara dasar sistem gaji progresif di negara ini dengan perbincangan serta proses libat urus mengenainya sudah bermula membabitkan pelbagai sektor.

Iklan

Dasar atau model gaji progresif akan dibangunkan secara bersama membabitkan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan (MOF); Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Sistem gaji progresif ialah peralihan daripada model pemberian upah minimum kepada kenaikan gaji secara berperingkat dan berfasa supaya ia setanding dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Justeru itu, kita melihat bahawa ini adalah satu usaha yang amat baik untuk memastikan rakyat di negara ini dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Rakyat amat menunggu hasil daripada kajian dasar itu dapat dibentangkan dengan segera dan yang lebih penting ialah memastikan ia dapat dilaksanakan.

Akhbar ini berpendapat, sudah sampai masanya untuk semua pihak terutama kerajaan untuk mengurangkan isu-isu politik sebaliknya memberikan tumpuan paling penting kepada kehidupan rakyat.

Biarkan pihak tertentu terus berusaha menumbangkan kerajaan dan mencetuskan ketidakstabilan tetapi kerajaan hari ini terus bergerak laju ke hadapan untuk memulihkan ekonomi negara.

Jika kerajaan ini jatuh sekalipun, rakyat akan tahu dan dapat menilai mana yang intan, dan mana yang kaca.