Real Madrid, Manchester City sama padu di Santiago Bernabeu

Iklan
Mesin gol Manchester City, Erling Haaland bersama Vinícius dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu. - Foto Agensi

PERLAWANAN berintensiti tinggi dua jagoan bola sepak separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, penyandang juara Real Madrid menentang Manchester City berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi Rabu.

Jaringan jarak jauh Kevin De Bruyne minit ke-67 separuh masa kedua sudah cukup menghela nafas lega buat angkatan Pep Guardiola menjelang timbal balik kedua di Stadium Etihad pada 18 Mei depan.

Iklan
Iklan

Sebelum itu skuad asuhan Carlo Ancelloti memimpin perlawanan hasil percubaan Vinícius Júnior pada minit ke-36 dalam separuh masa pertama biarpun pendahulu Liga Perdana Inggeris tersebut menguasai sebahagian besar aksi berkenaan.

Jaringan mengejut Vinícius itu menyaksikan Real kembali menyusun taktikal untuk kembali semula dalam perlawanan dalam separuh masa kedua.

Iklan

Real kelihatan meningkatkan tahap mengasak kelebihan mereka selepas rehat dengan Ederson beraksi berkali-kali untuk mengekalkan satu gol pasukan tuan rumah.

Los Blancos mempertaruhkan kudrat Luka Modric dan Antonio Rudiger mengantikan Militao serta Aurelien Tchouameni.

Iklan

Sementara The Citizens pula menampilkan Ruben Diaz, Kyle Walker, Bernando Silva dan Jack Grealish - pakej pengalaman menyerap aura pasukan tuan rumah.

Kedua-dua pasukan dijangka membuat perhitungan semula di Manchester minggu depan sebagai jajaran terakhir menentukan hanya yang terbaik layak meneruskan perjalanan ke Istanbul, Turkeye.