Remaja lelaki tinggalkan surat sebelum hilangkan diri

Iklan

SEPANG - Sekeping surat ditinggalkan seorang remaja lelaki kepada bapanya sebelum menghilangkan diri dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, bapa remaja berumur 15 tahun itu menyedari kehilangan anak keduanya kira-kira jam 5 pagi.

Iklan
Iklan

"Bapa remaja tersebut yang juga merupakan seorang guru itu kemudiannya bertindak mencari anaknya di kawasan-kawasan sekitar namun tidak jumpa," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, siasatan dijalankan mendapati remaja tersebut dipercayai keluar dari rumah antara jam 2 pagi hingga 5 pagi.

Iklan

"Remaja yang merupakan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah itu turut didapati tidak membawa telefon bimbit ketika keluar dari rumah.

"Fizikal remaja tersebut berbadan kurus,rambut pendek dan bercermin mata," katanya.

Iklan

Menurutnya, pakaian terakhir remaia tersebut adalah jersi berwarna biru.

"Selain itu, remaja tersebut turut berseluar kargo pants, berselipar dan membawa bag bimbit.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan remaja tersebut boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Sarjan Hishamudin Amin di talian 011-11739477," katanya.