SANDAKAN - Sebuah syarikat kilang kelapa sawit di daerah ini didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana melepaskan sisa buangan cecair atau efluen melebihi had yang ditetapkan.
Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman denda itu pada Selasa selepas wakil syarikat mengaku bersalah melepaskan efluen dengan kandungannya melebihi had yang ditentukan di bawah Syarat Jadual Pematuhan Lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127).