City bawa bekal 'cukup makan'

Iklan
De Bruyne (depan) meraikan jaringannya ketika membantu City mengikat Real 1-1 awal pagi Rabu. - Foto EPA

MANCHESTER City membawa bekalan 'cukup makan' untuk aksi timbal balik di Etihad Rabu depan selepas mengikat Real Madrid 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara pada Rabu.

Pada aksi di Santiago Bernabeu itu, pasukan tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi rembatan Vinicius Junior dari luar kotak penalti pada minit ke-36.

Iklan
Iklan

The Citizens yang dibimbing Pep Guardiola kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-67 hasil sentuhan Kevin De Bruyne.

Pada aksi itu, pemain sensasi City, Erling Haaland dirantai kemas pemain tengah tuan rumah, David Alaba dan Antonio Rudiger.

Iklan

Strategi juara bertahan itu dilihat berjaya mengekang Haaland daripada bergerak bebas.

"Alaba dan Rudiger sangat rapat dengan Erling. Kami perlu melihat ruang untuk menyerang dengan lebih baik.

Iklan

"Bukan mudah mencari ruang. Kami akan cuba menyesuaikannya pada perlawanan kedua supaya lebih lancar dan bermain dengan rentak lebih baik," ujar Guardiola.

Real yang merupakan juara dengan rekod 14 kali itu menyingkirkan City pada peringkat sama musim lalu.