Wan Saiful dakwa reformasi institusi Anwar hanya lakonan

Iklan
Wan Saiful

SHAH ALAM - Bekas Ketua Penerangan Parti Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa bahawa reformasi institusi yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah sebuah lakonan.

Menurut beliau, sekiranya Anwar jujur dengan ideanya itu, sudah pasti beliau akan segera mengusulkan Akta Pendanaan Politik yang membawa kepada peruntukan Parlimen yang adil tanpa mengira mana-mana pihak sama ada pembangkang atau kerajaan.

Iklan
Iklan

Namun ujarnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana pembangkang diminta untuk berunding terlebih dahulu dengan ahli Parlimen Tambun tersebut bagi tujuan peruntukan.

"Malangnya Anwar hanya berlakon di pentas ceramah saja seolah mahukan reformasi institusi, tapi sebenarnya dia gagal dalam pelaksanaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Baru-baru ini Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kepada kerajaan Pahang supaya memberikan peruntukan adil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri tersebut.

Baginda bertitah, perkara tersebut adalah sejajar dengan landskap politik nasional yang telah mencapai hampir 66 tahun.

Iklan

Dalam pada itu, Wan Saiful menambah, pelaksanaan reformasi institusi oleh Anwar tidak mempunyai hala tuju dan cacamarba.

"Jelas sekali Anwar ini pelakon saja,” kata beliau.