'Boleh pakai tanjak, tapi undilah calon Melayu berwibawa'

Iklan
Dr Mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak pengundi Melayu menolak sogokan agar calon yang dipilih dapat mendirikan kerajaan yang baik.

Beliau berkata, ramai orang Melayu sekarang memakai tanjak sebagai cara untuk menunjuk kemelayuan mereka.

Iklan
Iklan

"Sikap berbangga dengan bangsa memang baik.

"Alangkah baiknya jika selain tanjak, orang Melayu juga berbangga dengan mengundi dalam pilihan raya bagi calon Melayu yang terbaik supaya kerajaan yang akan didirikan oleh calon-calon yang menang dapat mendiri kerajaan yang juga baik,” katanya menerusi Facebook pada Selasa.

Iklan

Tambah beliau, tidak mengundi atau mengundi kerana sogokan tidak menunjuk kemelayuan yang boleh dibanggakan, kerana hasilnya ialah pemerintahan oleh perasuah dan penjenayah.

"Pakailah tanjak tetapi undilah dan tentukan kemenangan bagi Melayu yang kuat kemelayuan mereka dan mampu mendiri kerajaan yang boleh kita bangga dengannya,” ujarnya.

Iklan