Kerajaan Perpaduan kekal walau sokongan Melayu masih rendah - KJ
Iklan
BERITA SEMASA 10 MEI 2023
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yakin Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal atas beberapa faktor antaranya sukar mendapatkan sokongan Istana Negara.
Iklan
Iklan
Beliau berpendapat, sebagai pihak yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tentunya tidak mahu membuat pusingan U dengan memilih kerajaan baharu.
Khairy juga yakin, bakal Yang di-Pertuan Agong baharu juga tidak akan melayan sebarang usaha untuk menukar kerajaan dalam tempoh terdekat setelah naik takhta.
Iklan
Khairy menjelaskan, dalam satu dapatan yang dilakukannya bersama sebuah firma, sokongan terhadap Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri dalam kalangan orang Melayu masih rendah.
Tambah Khairy, Melayu, Cina, India dan sebagainya paling ramai menyokong Datuk Seri Anwar dengan 46 peratus diikuti dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin 17 peratus apabila ditanya soal siapakah Perdana Menteri yang terbaik.
Iklan
Dalam pada itu, Khairy menjelaskan, Kerajaan Perpaduan kini berdepan barisan pembangkang yang berteraskan Islam dan Melayu sepenuhnya.
Artikel: https://bit.ly/3NZIoE2
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Siasat bonus RM210,000 kepada CEO PHB' - Mas Ermieyati" /><meta itemprop="description" content="'Siasat bonus RM210,000 kepada CEO PHB' - Mas Ermieyati
Kerajaan digesa menyiasat isu tatakelola melibatkan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya yang diberikan bayaran khas berjumlah RM210,000 ketika syarikat itu hanya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) 42 peratus.
Ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Isnin, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, syarikat tersebut turut merancang menaja percutian mewah ke luar negara kepada 200 orang pekerjanya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/694823/berita/semasa/siasat-bonus-rm210000-kepada-ceo-phb---mas-ermieyati
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tatakelola #PHB #CEOPHB" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-05T07:04:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/XJA2S1dASE90nr5lx/x180" /><meta itemprop="duration" content="P84S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x98m8ik" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x98m8ik"></script>