Lelaki ditahan lakukan hubungan seks dengan anak tiri

Iklan
Gambar hiasan

SUNGAI BULOH - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang lelaki dipercayai melakukan hubungan seks bersama anak tirinya di Sungai Buloh di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, turut ditahan seorang wanita di mana sebelum ini dia juga diberkas berkaitan kes amang seksual di Puncak Alam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30-an itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat mangsa berusia 15 tahun berkaitan kejadian tersebut.

"Wanita tersebut turut ditahan kerana dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu.

Iklan

"Siasatan dijalankan mendapati kejadian itu berlaku di sebuah hotel pada Januari lalu dan polis akan mendapatkan perintah reman melibatkan kedua-dua suspek pada Khamis," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita direman lima hari bermula Rabu lalu hingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.

Pada Jumaat lalu, seorang penganggur ditahan bagi membantu siasatan penyebaran rakaman video amang seksual tersebut di sebuah restoran di Bandar Puncak Alam di sini.