De Gea, United ikat perjanjian baharu

Iklan
De Gea sudah hampir 12 tahun beraksi bersama United. - Foto Agensi

PENJAGA gol sensasi, David de Gea dilapor sudah bersetuju untuk membaharui kontrak bersama Manchester United tidak lama lagi.

Kontrak penjaga gawang berusia 33 tahun itu akan berakhir pada Jun dan masa depannya bersama Red Devils mencetuskan tanda tanya ekoran beberapa kesilapannya musim ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun United dan penjaga gol dari Sepanyol itu bersetuju untuk melanjutkan kontraknya yang menghampiri 12 tahun di Old Trafford.

Menerusi perjanjian baharu itu, gaji de Gea bakal dipotong apabila akan menerima 175,000 pound (RM983,000) seminggu berbanding 375,000 pound (RM2.1 juta) seminggu sebelum ini.

Iklan

Dia ketika ini menunggu United bagi menandatangani perjanjian sebelum pengumuman rasmi dibuat.

De Gea dikritik hebat peminat ekoran kesilapannya ketika United tewas 0-1 kepada West Ham di Stadium London pada Ahad.

Iklan