Ada penempatan PATI 'kembali' aktif

Iklan
Seorang warga asing yang cedera ketika melarikan diri semasa serbuan di Segambut Dalam, Kuala Lumpur, baru-baru ini

KUALA LUMPUR - Terdapat penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) di ibu negara yang dikesan kembali aktif biar pun serbuan telah dilaksanakan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, setakat ini terdapat sembilan penempatan PATI yang dikesan.

Iklan
Iklan

Katanya, kebanyakan penempatan ini pernah digempur Jabatan Imigresen Kuala Lumpur namun dikesan kembali 'beroperasi' kembali atas pelbagai faktor termasuklah kehadiran baharu rakan warga asing.

"Ada penempatan ini beroperasi di tanah milik persendirian selain kediaman milik warga tempatan yang disewa kepada warga asing.

Syamsul Badrin (kanan) beramah mesra bersama pegawainya di gerai juadah ketika sambutan Majlis Hari Raya di Kompleks KDN, Kuala Lumpur pada Rabu.

Iklan

"Terdapat juga kes di mana penempatan ini didiami warga tempatan selain warga asing yang memiliki dokumen sah," katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan banyak pihak termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha tangani isu ini.

Iklan

Katanya, pemantauan dan operasi akan terus digiatkan untuk memastikan penempatan haram ini dapat dibanteras.

Ujarnya, warga tempatan juga diingatkan untuk tidak bersekongkol dengan PATI.

Antara cubaan PATI yang cuba meloloskan diri ketika serbuan di Segambut Dalam, Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Mana-mana orang yang membenarkan mana-mana PATI memasuki atau tinggal di dalam premis yang ianya mempunyai kepentingan sebagai penyelia atau menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana premis tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka yang melindungi atau menggajikan warga asing boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55B akta sama," jelasnya.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan imigresen telah menahan 78 warga asing terdiri daripada 47 lelaki, 25 wanita, tiga kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan menerusi serbuan di kawasan penempatan di Segambut Dalam, Kuala Lumpur

PATI ini terdiri daripada 73 warga Indonesia serta lima Bangladesh.