Op Roboh: 'Port' ketum dimusnahkan

Iklan
Operasi meroboh gerai yang dikatakan menjadi 'port' jual air ketum di Padang Serai dilaksanakan pada Rabu.

KULIM - Dua buah gerai haram yang dilaporkan menjadi 'port' jualan air ketum dimusnahkan dalam Op Roboh sekitar Padang Serai bermula jam 8.30 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, operasi bersepadu dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan itu bertindak meroboh dua buah gerai yang dikatakan menjadi tempat memproses dan menjual air ketum.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemilik terbabit telah diberi notis amaran oleh Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) untuk meroboh serta mengosongkannya pada Januari dan Februari lalu.

Beliau berkata, kedua-dua binaan yang didirikan itu turut dikenakan tindakan memotong bekalan air dan elektrik.

Iklan
Gerai yang dikatakan menjual air ketum dimusnahkan dalam Op Roboh pada Rabu.

Operasi selesai tanpa sebarang provokasi, cuma kehadiran pemilik pada mulanya meminta agar diberi ruang untuk mengalihkan barangan yang disimpan di stor dekat gerai terbabit.

Anggota penguat kuasa bagaimanapun memberi peluang agar pemilik dapat memindahkan barangan miliknya sebelum gerai dirobohkan.

Iklan

Operasi yang melibatkan 50 anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), MPKK, Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu selesai kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim pernah menyerbu dan merampas cecair serta daun ketum di dua gerai terbabit, tahun lalu.

Anggota penguat kuasa melakukan proses meroboh gerai menjual air ketum pada Rabu.

Katanya, pemilik gerai terbabit didapati melanggar arahan walaupun sudah diberikan notis mengikut Seksyen 72 (1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

"Sebuah gerai telah diserbu pada Ogos 2022 dengan rampasan 3.2 liter air ketum manakala sebuah gerai lagi telah diserbu sebanyak dua kali pada September dengan 37.2 liter air ketum dirampas manakala pada November 2022 sebanyak 28 kilogram daun ketum dan 6 liter air ketum dirampas," ujarnya.