Bekas tapak Pasar Pagi Seri Kembangan terbiar, dipenuhi sampah

Iklan
Jung Lik (kanan) meninjau lokasi sebaik menerima aduan daripada penduduk.

SERI KEMBANGAN - Bekas tapak pasar pagi Seri Kembangan yang telah dikosongkan sejak tiga minggu lalu terbiar dan dipenuhi longgokan sampah yang belum dibersihkan sehingga kini.

Situasi tersebut menimbulkan rasa kurang senang penduduk dan juga peniaga berhampiran yang telah memanjangkan aduan tersebut kepada Ketua Biro Aduan MCA Seri Kembangan, Wong Jung Lik untuk campur tangan.

Iklan
Iklan

Jung Lik berkata, aduan telah dibuat oleh pihaknya dan penduduk sejak seminggu lalu kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) namun tiada kerja pembersihan dilakukan sehingga kini.

Keadaan longgokan sampah di tapak pasar pagi lama.

"Difahamkan tapak tersebut mahu dibangunkan pasar pagi baharu namun tiada kesahihan berkenaan perkara itu susulan tiada sebarang papan tanda permakluman dipasang sehingga kini," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, longgokan sampah yang tidak dibersihkan itu telah menyebabkan kacau ganggu termasuk bau busuk dan longkang tersumbat.

Sampah turut memunuhi kawasan tepi jalan berhampiran tapak pasar pagi. Keadaan longgokan sampah di tapak pasar pagi lama.

"Penduduk bimbang keadaan itu akan menyebabkan masalah kesihatan dan tempat pembiakan bawaan nyamuk aedes, tikus dan lalat.

Iklan

"Saya harap kawasan ini dibersihkan kerana tidak mahu orang luar ambil kesempatan jadikan lokasi tersebut sebagai tapak pembuangan sampah haram," katanya.