Air Terjun Sungai Pandan sungguh mempesona!

Iklan
Air terjun bertingkat memukau pandangan.

KUANTAN - Air Terjun Sungai Pandan merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Pandan yang terletak di Kuantan, Pahang.

Air terjun itu turut dikenali sebagai Air Terjun Panching oleh penduduk setempat kerana berdekatan dengan Kampung Panching.

Iklan
Iklan

Lokasinya sangat sesuai buat mereka yang ingin berkelah, mandi manda atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan.

Pengunjung tidak melepaskan peluang menikmati kesejukan air terjun.

Keindahan air terjun yang di kelilingi flora dan fauna ini membuatkan pengunjung lupa seketika hiruk-pikuk bandar dan kesibukan kerja.

Iklan

Penulis berpeluang menjejakkan kaki ke lokasi itu pada cuti hujung minggu yang lalu. Ternyata suasananya mendamaikan, bersih dan selamat! Pemandangannya sungguh mempesona. Tidak keterlaluan jika penulis syorkan untuk mereka yang ingin menjalani penggambaran berlatarbelakangkan alam semula jadi memukau.

Jadi lokasi pelbagai acara

Tidak sukar untuk ke lokasi ini. Pemanduan kereta dari bandar Kuantan hanya mengambil masa 30 minit sahaja.

Iklan
Bacaan doa sebelum Fun Run Sungai Pandan Waterfall 2019, baru-baru ini.

Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar berkata, Air Terjun Pandan mencatatkan jumlah pelancong domestik yang tinggi dan kini sedang dipopularkan sebagai tarikan utama sukan rekreasi seperti larian dan tapak perkhemahan.

"Tujuan acara sedemikian diadakan adalah bagi mempromosikan lokasi ini ke persada umum dan antarabangsa. Bagi pencinta alam, Air Terjun Pandan merupakan lokasi terbaik untuk mereka kerana kaya dengan keindahan flora dan fauna.

"Bayaran masuk pula dikenakan RM2 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak," katanya ketika ditemui pada program Majlis Pelepasan Peserta Larian Fun Run Sungai Pandan Waterfall 2019, di sini, minggu lalu.

Katanya, pihak pengurusan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk surau, gerai aneka makanan tapak perkhemahan, pondok rehat, jambatan gantung dan ruang parkir yang luas serta pondok atas pokok.

Menurutnya, pada tahun ini pusat riadah dan rekreasi tersebut menjadi pilihan penganjur sukan larian atau fun run yang kian mendapat tempat di hati orang ramai.

Jambatan gantung menarik perhatian pengunjung.

Sejumlah 250 peserta menyertai Fun Run Sungai Pandan Waterfall 2019 dengan jarak lima kilometer yang bermula di kawasan parkir.

"Kita amat mengalu-alukan kedatangan orang ramai serta penganjuran program gaya hidup sihat sebegini kerana secara tidak langsung mempromosikan produk pelancongan negeri Pahang,” katanya.

Air terjun ini berada di bawah pengurusan Sri Panching Timur Sdn Bhd. Pengarah Urusannya, Mohd Faiisal Romli berkata akan membuat penambahbaikan kemudahan asas termasuk tandas dan keselesaan pengunjung.

"Kita dalam perancangan mengusahakan chalet dan penginapan yang sesuai dengan lokasi di sini."Sejak 15 tahun lalu, kita sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan pengunjung dengan pelbagai penambahbaikan dan kemudahan namun pada masa yang sama menjaga keindahan alam semula jadinya

"Cuma pesanan kepada pelancong dan pengunjung yang melalui jambatan gantung, perlu sentiasa berwaspada dan mengambil giliran supaya tidak berada dalam keadaan yang ramai di atas jambatan, pada satu-satu masa," katanya.