GUA MUSANG - Seorang lelaki Orang Asli Bateq dilaporkan hilang dikhuatiri akibat diserang harimau ketika memancing di hulu Sungai Aring di Kampung Aring 5, di sini, semalam.
Ketika kejadian mangsa Halim Asin, 27, sedang memancing bersama anak saudaranya, Alang Kuang yang berusia lapan tahun, kira-kira jam 11.30 pagi.
Bapa Alang, Kuang Camang, 31, berkata, anaknya mendakwa ketika memancing mereka telah diserang harimau tersebut.
"Anak saya yang terkejut terus terjun ke dalam sungai dan berenang menyelamatkan diri sebelum menceritakan kejadian itu kepada kami yang berada kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
"Kami sempat meninjau di tempat kejadian tetapi tidak menemui adik ipar saya di kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Terdahulu, Kuang bersama tujuh orang lagi termasuk mangsa dalam perjalanan dari Kampung Cangkung, Jerantut, Pahang untuk pulang ke Kampung Aring 5 dengan berjalan kaki dan singgah berehat di sungai berkenaan.
"Sebelum Ramadan lalu kami ke Kampung Cangkung dan tinggal di sana selama sebulan. Kami mula berjalan kaki (bertolak) untuk pulang ke Kampung Aring 5 pada Sabtu lalu.
"Pada 11 pagi semalam, saya, isteri, empat orang anak, Halim dan bapanya telah sampai di Sungai Aring dan membuat khemah di pinggir sungai untuk bermalam kerana ingin menangkap ikan,” katanya.
Bercerita lanjut Kuang berkata, selepas kejadian itu meskipun berada di dalam ketakutan mereka bertolak ke Kampung Aring 5 pada jam 1.30 petang dan terus melaporkan insiden terbabit kepada penghulu dan penduduk sejurus tiba pada jam 5.30 petang di kampung tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan menerima laporan berkaitan kehilangan lelaki suku kaum Bateq itu pada jam 10 malam tadi.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat oleh anggota keselamatan telah digerakkan bermula pada Rabu. - Bernama