Bersediakah kita hadapi El Nino?

Iklan
Fenomena cuaca panas ketika Monsun Barat Daya yang dijangka bermula Isnin depan akan menjadi lebih buruk dengan risiko kemarau, jerebu serta gelombang haba yang tinggi sekiranya El Nino berlaku di negara ini. - Foto hiasan/Bernama

AMARAN demi amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan pakar mengenai kesan buruk El Nino sejak kebelakangan ini perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak.

Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah misalnya menyatakan, Malaysia kini sudah pun terkena tempias angin Monsun Barat Daya yang terhasil daripada tekanan tinggi dari benua Australia.

Iklan
Iklan

Apa yang membimbangkan, fenomena cuaca panas ketika Monsun Barat Daya yang dijangka bermula Isnin depan akan menjadi lebih buruk dengan risiko kemarau, jerebu serta gelombang haba yang tinggi sekiranya El Nino turut berlaku di negara ini.

Fenomena tersebut bukan sahaja berisiko berlaku di Malaysia, bahkan di rantau Asia Tenggara.

Iklan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, semasa tempoh itu, angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera yang stabil.

Ia akan menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini, jadi kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

Iklan

Bagaimanapun, persoalannya, adakah kerajaan dan rakyat bersedia menghadapi situasi ini sekiranya ia menjadi lebih buruk dan genting?

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat cuaca panas dan kering melanda negara.

Malah, kementeriannya sedang memantau kawasan terkesan terutama di bahagian utara Semenanjung dengan tumpuan terhadap masalah bekalan air, pembakaran terbuka serta kebakaran tanah gambut.

Jelasnya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga sudah mengadakan perbincangan dengan operator air di seluruh negara bagi memastikan bekalan air di setiap negeri mencukupi.

Bagi rakyat sendiri, ada yang sudah membuat persiapan dengan menyimpan bekalan air lebih awal dengan kuantiti banyak.

Air merupakan keperluan asas penting dan tentunya ramai yang bimbang jika berlakunya krisis bekalan yang boleh menjejaskan urusan harian.