Gajah liar musnahkan tanaman berjaya dipindahkan

Iklan
Gajah jantan liar yang ditangkap Perhilitan Terengganu kerana memusnahkan tanaman pekebun di Kampung Seri Bayas, Setiu berjaya dipindahkan ke Taman Negara Terengganu pada Rabu. - Foto Perhilitan

KUALA TERENGGANU - Seekor gajah jantan liar yang ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu kerana memusnahkan tanaman pekebun di Kampung Seri Bayas, Setiu berjaya dipindahkan, pada Rabu.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, operasi memindahkan gajah itu mengambil masa kira-kira tujuh jam melibatkan 20 kakitangan dari Perhilitan Terengganu dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Sungai Deka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, proses pemindahan haiwan berkenaan berjalan lancar dengan bantuan dua ekor gajah denak yang didatangkan khas dari PKGK Sungai Deka, Hulu Terengganu.

Sebelum ini, enam pemilik kebun sawit di kampung itu mendakwa terpaksa menanggung kerugian lebih RM70,000 selepas hasil pertama kebun sawit yang sepatutnya boleh dituai pada November depan 70 peratus musnah diserang sekumpulan gajah liar.

Iklan
Iklan

Susulan laporan tersebut, Perhilitan Terengganu mengadakan operasi melibatkan tujuh kakitangan jabatan itu dan berjaya menangkap gajah berkenaan pada Isnin.