Interceptor 005 mula operasi di Sungai Klang - Izham

Iklan
Izham (tiga dari kiri) memaklumkan Interceptor 005 ini adalah yang kedua beroperasi di Sungai Klang selepas Interceptor 002 pada Ogos 2019.

SHAH ALAM - Jentera kedua di bawah kendalian The Ocean Cleanup yang digunakan untuk kutipan sampah dalam sungai atau Interceptor 005 mula beroperasi di Sungai Klang.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Ir Izham Hashim berkata, 'interceptor' kedua itu beroperasi di Malaysia selepas Interceptor 002 beroperasi di Sungai Klang pada Ogos 2019.

Iklan
Iklan

"Untuk makluman, Malaysia merupakan negara pertama yang menerima Interceptor 005 di bawah inisiatif projek Selangor Maritime Gateway (Gerbang Maritim Selangor).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah berkata, jentera menggunakan teknologi dari Netherland itu ditaja sebuah kumpulan muzik terkenal antarabangsa.

Iklan

"Saya menghargai usaha kugiran ternama dunia, Coldplay bersama NGO The Ocean Cleanup yang sudi menaja Interceptor 005, mesin memerangkap sampah di Sungai Klang.

"Saya juga menyeru kepada seluruh masyarakat agar menjaga kebersihan sungai di seluruh negeri Selangor demi masa depan generasi akan datang," katanya.

Iklan