Lakukan hubungan seks dengan anak tiri, suami isteri direman

Iklan
Gambar hiasan

SUNGAI BULOH - Seorang penganggur yang dipercayai melakukan hubungan seks bersama anak perempuan tirinya direman empat hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, suspek turut direman bersama isterinya.

Iklan
Iklan

"Pasangan itu direman empat hari sehingga Ahad untuk siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Semakan awal mendapati suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu memiliki dua rekod lampau bersabit kes jenayah," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti pembabitan pasangan itu dalam kes terbabit.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan pasangan terbabit ditahan di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Iklan

Tangkapan dijalankan susulan laporan polis yang dibuat mangsa berusia 15 tahun berkaitan kejadian tersebut.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di sebuah hotel pada Januari lalu.