Empat ditahan bergaduh selepas mabuk

Iklan
Empat lelaki tempatan ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan di sebuah premis berkonsepkan bistro di Indahpura, Kulai, pada Rabu.

KULAI - Polis menahan empat lelaki tempatan selepas dipercayai terlibat dalam satu insiden pergaduhan di luar sebuah premis berkonsep bistro di Jalan Kiambang 12 Indahpura di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, pihaknya mendapat laporan berhubung pergaduhan itu daripada seorang wanita tempatan berusia 21 tahun pada jam 3 pagi.

Iklan
Iklan

"Pengadu memaklumkan ketika dia bersama empat rakannya sedang minum dan berbual, mereka didatangi seorang lelaki yang secara tiba-tiba menampar bahagian muka rakannya.

"Akibat kejadian tersebut, rakan-rakan pengadu mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala, tangan dan kaki," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beng Yeow berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menjalankan satu serbuan di sebuah kedai makan di Jalan Iris 8, di sini pada jam 11.20 malam Rabu.

"Menerusi serbuan berkenaan, kita berjaya menahan seramai empat individu berusia antara 24 hingga 28 tahun yang dipercayai terlibat dengan pergaduhan berkenaan," ujar beliau.

Iklan

Siasatan awal katanya, mendapati punca pergaduhan adalah akibat mabuk dan berlaku perselisihan faham antara mereka.

Katanya, semua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan kini dikenakan reman selama empat hari bermula Khamis.

Tambahnya, kes disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.