Real tak perlu takut bertandang ke Etihad

Iklan
Carvajal (kanan) yakin Real mampu meraih keputusan positif di Etihad. - Foto AFP

DANI Carvajal menegaskan Real Madrid tidak perlu takut untuk bertandang ke Stadium Etihad menentang Manchester City bagi perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Khamis depan.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi pertama di Bernabeu pada Rabu.

Iklan
Iklan

Vinicius Junior memecah kebuntuan buat juara bertahan itu dengan percubaan dari luar kotak penalti pada separuh masa pertama sebelum rembatan leret Kevin De Bruyne menyamakan kedudukan pada minit ke-67.

"Mereka mempunyai pemain bertaraf dunia, mereka menggerakkan bola dengan sangat baik, taktikal mereka menjadi tetapi saya tidak fikir kami melihat pasukan City lebih hebat daripada Madrid.

Iklan

"Kami tahu bahawa kami telah beraksi dengan baik dan jika kami melakukan perkara yang betul dan kami mengambil peluang di Manchester maka kami mempunyai peluang untuk mara.

"Kami akan pergi ke sana tanpa perlu takut. Kami perlu pergi ke sana untuk menang, bermain dengan gaya kami dan pasukan mempercayainya," katanya.

Iklan