MACHANG - Proses pembenihan awan semasa musim panas ketika ini akan dilaksanakan bergantung kepada permohonan oleh kerajaan negeri.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihak kerajaan Persekutuan akan terus membantu proses itu sekiranya berbangkit.
Iklan
Iklan
"Setakat ini keperluan seperti di Pulau Pinang apabila dibangkitkan dan terus dibantu.
"Operasi itu juga mempunyai mekanisme tersendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Townhall Madani @ Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Machang, di sini pada Khamis.
Pada 2 Mei lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjalankan Operasi Pembenihan Awan di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang serta Empangan Teluk Air Itam di Pulau Pinang.