Misi program korban di negara-negara Islam bergolak. bermasalah

Iklan
Salah satu program korban yang telah dilaksanakan oleh PASRelief di bumi Mindanao, Filipina sebelum ini.

KUALA LUMPUR - PASRelief telah menggerakkan program korban dan aqiqah menjelang Aidiladha pada hujung bulan depan di negara-negara yang bergolak dan dilanda musibah.

Menurut satu kenyataan medianya semalam, program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 sehingga hari ini, atas dasar tanggungjawab dan kepercayaan masyarakat awam kepada PASRelief dalam membantu golongan yang tertindas, dizalimi, diusir dari negara sendiri, mangsa keadaan dalam kancah peperangan dan mangsa bencana alam.

Iklan
Iklan

"Pada tahun ini, beberapa negara dan wilayah umat Islam yang sedang bergolak telah dipilih untuk dijalankan Ibadah korban antaranya adalah Palestin, Yaman, Afrika (Sudan dan Kenya), Mindanao, Kashmir, Palu, pelarian Syria di Lubnan dan juga pelarian Rohingya di Arakan, Myanmar serta Cox's Bazar, Bangladesh.

"Kesukaran dan kesusahan yang dihadapi oleh mereka di kawasan tersebut telah menyebabkan ada diantara mereka yang tidak dapat menikmati daging sepanjang tahun, kecuali mendapat sumbangan daging korban daripada pihak luar.

Iklan

Umat Islam di Kashmir dapat merasa daging korban susulan misi program korban yang pernah dilaksanakan di negara bergolak itu.

"Sebagai tanda prihatin dan tanggungjawab, PASRelief mengambil peranan untuk menggerakkan program korban PASRelief 2023 dan mengalu-alukan sumbangan serta kerjasama dengan rakan NGO atau badan koporat bagi menjayakan agenda besar ini," kata kenyataan itu.

Iklan

Bagi mereka yang berminat untuk mengerjakan ibadah korban dalam Program Korban PASRelief 2023, boleh membuat penyertaan melalui https://pasrelief.org/permohonan-qurban-aqiqah-2023

Pihak PASRelief juga turut menghantar delegasi ke sebahagian kawasan yang dilaksanakan ibadah korban.

Dalam masa sama turut menyampaikan bantuan kebajikan dan membiayai projek pendidikan di pusat-pusat operasi PASRelief di seluruh dunia.