Projek WTE di Selangor dalam fasa penilaian

Iklan
Ramli ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran KDEBWM pada Khamis.

SHAH ALAM - Pelaksanaan projek sisa jadi tenaga (WTE) kini sedang melalui proses penilaian impak alam sekitar (EIA) yang kelulusannya dijangka diperoleh dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, Projek Selangor Green Energy Eco Park (SGEEP) itu dapat memproses sehingga 2,400 tan metrik sampah sehari dan dalam perancangan pembinaan bagi fasa pertama.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pembinaan insinerator untuk menguruskan sampah menjadi salah satu sumber tenaga bersih adalah pilihan terbaik untuk menyelesaikan kekangan pengurusan di tapak pelupusan.

"Kita ada tiga fasa dan bangunkan pelan untuk bawa sampah ke utara Selangor serta dengan keluasan bagi fasa pertama kira-kira 60 ekar ini kita akan bangunkan SGEEP akan berupaya memproses 2,400 tan sampah sehari, ia hasilkan tenaga sekitar 50 megawatt.

Iklan

"Kita sudah pun dapat kelulusan kerajaan negeri untuk sebidang tanah di Rawang, akan dibangunkan sebagai SGEEP dan akan ambil masa beberapa tahun untuk dibangunkan,” katanya.

Ramli ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran KDEBWM yang dihadiri lebih 2000 pengunjung termasuk pemimpin setempat di Pusat Konvensyen Shah Alam di Seksyen 14 di sini pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, Ramli turut memaklumkan pertambahan penduduk di negeri ini mempengaruhi peningkatan jumlah penghasilan sampah di gerai berkenaan pada setiap hari.

Beliau sehubungan itu berkata, selain SGEEP, inisiatif KDEBWM untuk mengurangkan pembuangan di tapak pelupusan sampah dengan membuka tiga lagi pusat kitar semula di Kuala Langat, Hulu Selangor dan Selayang.

"Yang tiga memang sudah beroperasi sekarang, kita rancang tahun ini akan buka lagi tiga, sekarang ktia sudah operate di Klang, Subang Jaya dan Cyberjaya.

"Sebab itu saya berpendangan semua orang tidak kira, budak kecil, dewasa dan sebagainya kita belum mengambil serius berkenaan dengan janaan sampah. Malah, semua orang sedar tak, dalam masa setahun, rakyat Malaysia guna 1 bilion beg plastik yang tidak terbiodegradasi,” tambahnya.