27 cedera jambatan pejalan kaki runtuh

Iklan
Seramai 27 orang cedera kebanyakannya kanak-kanak selepas jambatan pejalan kaki runtuh di Helsinki, Findland pada Khamis. Foto Reuters

HELSINKI - Seramai 27 orang cedera kebanyakannya kanak-kanak selepas jambatan pejalan kaki runtuh di Helsinki, Findland pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Insiden itu melibatkan jambatan sementara berhampiran tapak pembinaan di Espoo, menurut Twitter perkhidmatan kecemasan.

Iklan
Iklan

Menurut penyiar Yle, ketika kejadian sekumpulan pelajar sekolah berada di jambatan itu.

Seramai 15 mangsa yang cedera telah dibawa ke beberapa hospital.

Iklan

Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. - Bernama

Iklan