Pelarian UNHCR: Kerajaan perlu teliti aspek pekerjaan, penempatan

Iklan
Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengadakan perjanjian itu dengan UNHCR. Gambar kecil: Sevan Doraisamy

SHAH ALAM - Pertimbangan kerajaan untuk mengadakan perjanjian dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berhubung peranan dan tanggungjawab di dalam negara ini perlu mengambil kira aspek pekerjaan dan penempatan.

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sevan Doraisamy berkata, ini kerana Malaysia telah menerima kehadiran pelarian sejak sekian lama dan sudah pasti perkara tersebut menjadi tunjang utama bagi memastikan kebajikan mereka lebih terjaga.

Iklan
Iklan

"Bagi pekerjaan, kita tahu kadang-kadang ia boleh menimbulkan pergeseran dan kerisauan di kalangan warga tempatan kerana khuatir pasaran kerja untuk mereka terjejas.

"Oleh itu, kerajaan kena lakukan penyelarasan tentang isu pekerjaan ini. Kalau boleh peluang pekerjaan untuk warga tempatan ini jangan lagi diganti dengan mengimport pekerja dari negara luar supaya tidak mendatangkan masalah nanti.

Iklan

"Bagi penempatan pula, kerajaan boleh mewujudkan satu penempatan selesa yang mana golongan pelarian boleh tinggal dengan selamat meskipun mungkin perlu membayar sedikit sewa. Dengan ini, keperluan mereka akan lebih terjaga,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengadakan perjanjian itu dengan UNHCR.

Iklan

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan menghormati mandat penubuhan, fungsi dan peranan UNHCR seperti mana yang diperuntukkan di bawah Resolusi 319 (IV) Perhimpunan Agung PBB (1949) dan Resolusi 428 (V) Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1950).

Mengulas lanjut, Sevan berpendapat sekiranya perjanjian tersebut dimeterai, ia pastinya akan menjadikan nama negara semakin baik di peringkat antarabangsa.

"Malaysia akan dilihat sebagai negara yang komited terhadap menjaga hak asasi pencari suaka,'' ujarnya.