SHAH ALAM - Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menempelak kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung gabungan parti pembangkang itu yang dijangka akan berpecah tidak lama lagi.
Ahmad Fadhli dalam nada berkias turut mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk yang menuding jari pada pihak lain dan menyifatkan kedudukan BN umpama ‘menumpang di dapur orang’.
Iklan
Iklan
"Kaki tempang tidak bersarang, sang merpati tidak berlari, tuan menumpang di dapur orang, ada hati menuding jari?” soalnya dalam siaran di Facebooknya pada Jumaat.
Pada Khamis, media melaporkan Ahmad Zahid menjangkakan gabungan parti-parti yang didakwanya konon-konon memperjuangkan kaum Melayu akan berpecah tidak lama lagi.
Beliau dalam ucapan amanat ulang tahun UMNO pada Khamis itu, berkias dengan menyorot semula insiden perpecahan dalaman yang dialami salah satu parti komponen gabungan pembangkang tersebut.