Kelantan United tekad bawa pulang satu mata jumpa JDT

Iklan
Nazrulerwan (kiri) mengakui berdepan JDT bukan satu tugas mudah.

KOTA BHARU - Kelantan United tekad mencuri satu mata dalam aksi menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.

Penolong jurulatih, Nazrulerwan Makmor mengakui berdepan pendahulu Liga Super yang lengkap dari segenap posisi itu bukan satu tugas mudah buat mereka.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, kunjungan kita ke JDT dengan sasaran untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata biarpun sedar lawan bakal turun dengan kekuatan penuh," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Ujarnya, beliau menuntut barisan pemain mengamalkan disiplin dengan mengikut segala taktikal yang bakal direncanakan itu nanti.

Iklan
Iklan

Mengulas tahap kecergasan pemain termasuk import, Nazrulerwan menjelaskan masih ada beberapa pemain yang berada dalam pemantauan selepas mengalami kecederaan pada aksi sebelum Aidilfitri.