Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia

Iklan
Pelakon terkenal, Liyana Jasmay (kiri) kehilangan ibu tercinta, Datin Habsah Simpon pada sekitar pukul 8.30 pagi ini akibat kanser limfoma.

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Liyana Jasmay kehilangan ibu tercinta, Datin Habsah Simpon pada sekitar pukul 8.30 pagi ini.

Menurut pengurus Liyana, Norhazwani Jamil, Allahyarham Habsah yang berusia 66 tahun meninggal dunia akibat kanser limfoma di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Iklan
Iklan

Katanya, sejak disahkan mengidap barah berkenaan kira-kira dua bulan lalu, Allahyarham sering keluar masuk hospital bagi menerima rawatan.

"Liyana beserta seluruh ahli keluarga berada di sisi Allahyarham semasa menghembuskan nafas terakhir. Liyana bersama adik beradiknya juga sering bersama ibu mereka dalam waktu-waktu terakhir ini,” kata Norhazwani kepada Astro Awani ketika dihubung.

Iklan

Dijangkakan jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jumaat, hari ini.

Jenazah juga akan dibawa ke Masjid Al-Iman, Kemensah Heights, Hulu Kelang untuk dimandi dan dikafankan. - Awani

Iklan