KUALA LUMPUR - Sebuah stor menyimpan barangan komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Yarl di sini terbakar pada Jumaat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 7.26 pagi Jumaat.
Iklan
Iklan
Katanya, seramai 15 anggota dengan dua jentera dan sebuah ambulans dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling dan Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurut jurucakap berkenaan, kebakaran melibatkan stor menyimpan komputer berkeluasan 20x20 kaki dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.42 pagi.
"Kebakaran memusnahkan 60 peratus stor berkenaan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat, punca kebakaran masih dalam siasatan,” kata jurucakap itu. - Bernama