Mourinho lega Roma menang

Iklan
Mourinho - Foto EPA

JOSE Mourinho boleh menarik nafas lega apabila Roma memperoleh bekalan satu jaringan ketika mengatasi Bayer Leverkusen 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa awal pagi Jumaat.

Pemain tengah, Edoardo Bove menyumbat gol tunggal pada minit ke-63 di Stadio Olimpico bagi membolehkan Roma memiliki sedikit kelebihan menjelang aksi timbal balik di Jerman minggu depan.

Iklan
Iklan

"Semuanya bergantung kepada usaha setiap pemain yang beraksi dengan keinginan dan mentaliti yang betul.

Kemenangan itu memberi peluang kepada Mourinho untuk mara ke final Eropah buat kali kedua sebagai jurulatih Roma selepas memenangi Liga Konferensi Eropah musim lalu.

Iklan

"Barisan pemain pula bertindak balas dengan keinginan untuk menggembirakan penyokong mereka,” kata Mourinho.

Kemenangan Roma itu diraih tanpa kesebelasan utama selepas beberapa pemain tidak cergas untuk beraksi.

Iklan

Pemain bintang, Paulo Dybala dan Georginio Wijnaldum masuk dari bangku simpanan pada 15 minit terakhir untuk membantu rakan sepasukan yang keletihan.