438 penduduk maut akibat banjir, tanah runtuh di Republik Congo

Iklan
Pihak berkuasa tempatan menganggarkan lebih 5,000 orang masih hilang dalam kejadian itu. - Foto Reuters

KINSHASA - Banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Republik Demokratik Congo (DRC) mengorbankan 438 penduduk kampung, lapor media tempatan pada Khamis, memetik jurucakap kerajaan.

Menurut laporan rasmi terkini, kebanyakan mayat mangsa ditemukan di Bushushu dan Nyamukubi, dua kampung di wilayah Kivu Selatan yang terjejas teruk banjir akibat hujan lebat. Jumlah penduduk yang hilang masih tidak diketahui, kata jurucakap Patrick Muyaya, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Kerajaan pusat menghantar delegasi untuk menyokong operasi menyelamat di darat, kata Muyaya.

Sejak minggu lalu, hujan lebat dilaporkan di sebahagian kawasan negara itu dengan tanah runtuh kerap meragut nyawa penduduk semasa musim hujan.

Iklan

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hampir 3,000 rumah terjejas dengan kira-kira 1,200 daripadanya musnah sepenuhnya. Pihak berkuasa tempatan menganggarkan lebih 5,000 orang masih hilang. - Bernama

Iklan