Peruntukan untuk Kelantan akan ditambah - Anwar

Iklan
Anwar (kanan) dan Ahmad membincangkan sesuatu semasa Majlis Pelancaran Pembinaan Stesen Pertama Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu pada Jumaat.

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan akan menambah peruntukan kepada Kelantan dalam usaha meningkatkan kemudahan khususnya di negeri ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu melibatkan projek-projek pembangunan yang dilihat lebih besar berbanding semasa pembentangan Belanjawan Madani sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Perkara itu saya akan umumkan malam ini pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani," katanya semasa menyampaikan ucapan semasa Majlis Pelancaran Pembinaan Stesen Pertama Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bandar Baru Tunjong di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook; Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL), Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Sri Darwish Abdul Razak serta Pengarah Eksekutif China Communication Construction Company Ltd (CCCC), Lui Hui

Iklan

Menurut beliau, projek tersebut dijangka akan dapat membantu kerajaan Kelantan supaya tidak ketinggalan dari negeri-negeri lain.

Ujarnya, perkara itu dijangka menjadi khabar gembira kepada rakyat negeri ini.

Iklan