Petanda buruk buat Erdogan

Iklan
Hanya tinggal tiga calon presiden yang akan berentap pada pemilihan Ahad ini. - Foto Agensi

ANKARA - Pilihan Raya Presiden Turkiye semakin sengit selepas seorang pencabar kecil menarik diri yang akan meningkatkan peluang calon utama pembangkang, Kemal Kilicdaroglu untuk meraih kemenangan pusingan pertama pada pemilihan dijadualkan pada Ahad ini.

Keputusan itu dibuat Muharrem Ince, 59, pada Khamis yang merupakan salah seorang daripada empat calon yang mahu merebut jawatan presiden daripada Recep Tayyip Erdogan yang telah memegang tampuk pemerintahan selama dua dekad.

Iklan
Iklan

"Saya menarik diri daripada pencalonan. Saya buat demi untuk negara," katanya di hadapan ibu pejabat partinya, Parti Tanah Air.

Difahamkan, Ince membuat keputusan tersebut selepas beliau menjadi sasaran kempen dalam talian yang memburukkan imejnya.

Iklan

Sebelum ini, beliau juga pernah dikritik pembangkang kerana menyertai kempen hanya dua bulan sebelum pengundian berlangsung.

Pengumuman Ince bagaimanapun membuatkan Erdogan, 69, tidak senang duduk memandangkan keputusan kaji selidik terakhir menunjukkan Kilicdaroglu, 74, kini mendahului beliau dengan beberapa mata peratusan, namun masih belum mencapai angka 50 peratus untuk memenangi pilihan raya.

Iklan

Ia juga bermakna sokongan pengundi beliau akan beralih kepada Kilicdaroglu yang mewakili perikatan puak pembangkang terdiri daripada enam parti untuk memperoleh kemenangan yang jelas.

Erdogan juga terpaksa 'bekerja keras' untuk memancing undi pada kali ini setelah pihak pembangkang dilihat lebih bersatu berbanding kempen sebelum ini. - Agensi