Kerajaan Persekutuan cari dana selesai isu air Kelantan - Anwar

Iklan
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya akan mencari dana dan melaksanakan projek bekalan air yang lengkap bagi menyelesaikan masalah itu di Kelantan.

Menurut beliau, pihaknya juga akan melaksanakan projek itu dengan cepat jika kerajaan negeri memberi kerjasama.

Iklan
Iklan

"Saya sudah mengadakan perbincangan bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Hasil perbincangan itu telah dipersembahkan kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat.

Iklan

Hadir sama ialah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Isu air di negeri ini bukanlah sesuatu yang baharu malah sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, Belanjawan 2023 Malaysia Madani mencatatkan peruntukan pembangunan terbesar buat negeri Kelantan termasuk 107 projek baharu yang bakal dilaksanakan.