KUALA LUMPUR - Berulang-alik lebih 60 kilometer ke dalam hutan melalui jalan kebun kelapa sawit berlumpur dengan menunggang motosikal demi memastikan masyarakat Orang Asli mendapat perkhidmatan kesihatan menjadi pengalaman berharga buat Jururawat Masyarakat ini.
Berkhidmat di Klinik Desa Kota Perdana, Pekan, Pahang lebih dua tahun, perjalanan tersebut kini menjadi antara rutin buat Soria Nordin, 43, yang berkhidmat untuk masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut khususnya bidang perbidanan melibatkan ibu dan anak.
Berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang kejururawatan, Soria yang pernah bertugas di beberapa kawasan pedalaman termasuk perkampungan Felda, menyifatkan tanggungjawab tersebut mempunyai cabaran berbeza dan istimewa.
"Pengalaman bekerja di kampung Orang Asli satu nikmat yang saya tidak boleh gambarkan sebab dari sudut perjawatan mungkin nampak sama seperti di hospital di bandar, tapi sebenarnya ia berbeza.
"Kita kena duduk dalam jiwa dia (masyarakat Orang Asli) bagi merapatkan jurang dan memudahkan perkhidmatan disalurkan kerana mereka ini kurang kefahaman dan pendedahan, contohnya kalau mereka makan sirih, kita kena belajar juga makan sirih supaya mereka boleh terima kita mendekati mereka," katanya kepada Bernama pada Pameran Bidan di Muzium Negara baru-baru ini.
Soria berkata, dia perlu masuk bertugas dan berulang-alik sekurang-kurangnya sembilan kali untuk satu kes kelahiran melibatkan pesakit berpantang di rumah mengikut jadual ditetapkan, namun lawatan perlu dibuat setiap hari sehingga pesakit sembuh sekiranya berlaku masalah seperti demam kuning.
Selain itu, Soria turut berdepan cabaran sikap pesakit yang kerap lari dan menyembunyikan diri apabila melibat kelibat petugas kesihatan selain pernah dihalau serta diganggu sebilangan masyarakat setempat.
"Pendekatan kita gunakan adalah tetap bersabar dan kemudian merujuk ahli keluarga lain atau Tok Batin, kita tak akan balik... sebaliknya selagi tak selesai kes, kita akan terus mencuba," katanya.
Menurut Soria, Jururawat Masyarakat juga bertanggungjawab dan menjadi barisan pertama yang perlu memastikan tahap kesihatan pesakit yang dilakukan secara manual di rumah tanpa peralatan canggih sebelum dirujuk ke Klinik Kesihatan.
"Perkara yang kami takut adalah kelahiran di rumah susulan lokaliti klinik desa dan penempatan tersebut yang jauh, kadang-kadang ada juga lokaliti yang tak dapat diakses kenderaan empat roda dan hanya boleh diakses oleh motosikal.
"SOP (prosedur operasi standard) kejururawatan adalah menyelamatkan kedua-dua nyawa, apabila berlaku kes kematian kita akan dipersoalkan, jadi kita adalah barisan pertama yang perlu memastikan keselamatan ibu dan anak terjamin dari peringkat awal," katanya yang turut menyifatkan masyarakat Orang Asli telah banyak berubah dan lebih mudah didekati berbanding dahulu.
Kongsinya masyarakat tersebut juga masih mengamalkan tradisi seperti lenggang perut dan amalan berpantang yang ketat buat ibu yang baru melahirkan termasuk tidak boleh keluar dari rumah selama 44 hari antaranya bagi mengelak digigit serangga.
"Sekiranya anak kena demam kuning dan perlu mendapat rawatan di Klinik Kesihatan cabarannya adalah kita perlu meyakinkan keluarga dan pesakit untuk keluar dari rumah dalam keadaan selamat," katanya. - Bernama