PRN Selangor: DUN Teratai milik DAP

Iklan
Amirudin Shari

PETALING JAYA - Selangor memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai akan diserahkan kepada DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, tahun ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia selepas Parti Warisan (Warisan) mengambil pendekatan tidak akan mempertahankan kerusi tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerusi itu milik DAP sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan keluar parti.

"Tidak ada perubahan parti di Teratai untuk wakili Kerajaan Perpaduan," katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Petaling Jaya di Seksyen 1 di sini pada Sabtu.

Iklan

Amirudin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa parti itu mengambil pendekatan untuk tidak mempertahankan kerusi Teratai pada DUN Selangor.

ADUN Teratai, Bryan Lai Wai Chong mengumumkan keluar parti DAP pada April 2021 untuk menjadi wakil rakyat bebas sebelum menyertai Warisan pada Januari 2022.

Iklan