PATI bersesak sewa pangsapuri

Iklan
Antara warga asing yang ditahan menerusi Ops Sapu di unit pangsapuri di Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, Kuala Lumpur pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Ratusan warga asing yang sanggup bersesak untuk menginap di unit pangsapuri di Jalan Kampung Abdullah Hukum, Bangsar di sini, dikejutkan dengan serbuan pihak berkuasa, pada Khamis.

Op Sapu itu dijalankan sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Kuala Lumpur susulan aduan penduduk tempatan yang bimbang dengan jumlah warga asing di penempatan itu.

Iklan
Iklan

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, operasi bermula kira-kira jam 12.15 tengah malam itu telah memeriksa hampir 100 unit rumah di pangsapuri terbabit.

Antara warga asing yang ditahan menerusi Ops Sapu di unit pangsapuri di Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurutnya, seramai 91 PATI termasuk 28 wanita berusia lingkungan 20 hingga 55 tahun telah ditahan hasil pemeriksaan terhadap 254 warga asing.

Iklan

"Mengikut pecahan, tangkapan terdiri daripada warga Indonesia seramai 33 orang, Bangladesh (21), Pakistan (9), Myanmar (17), Nepal (8), India (2) dan satu Filipina.

Antara warga asing yang ditahan menerusi Ops Sapu di unit pangsapuri di Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, Kuala Lumpur pada Khamis.

"Ketika serbuan, terdapat segelintir PATI ini cuba bersembunyi selain enggan memberi kerjasama dengan tidak membuka pintu rumah," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, PATI ini bekerja di sekitar kawasan Bangsar dan bekerja sebagai pekerja pembersihan serta buruh binaan.

Antara warga asing yang ditahan menerusi Ops Sapu di unit pangsapuri di Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, Kuala Lumpur pada Khamis.

Katanya, unit rumah ini mempunyai tiga bilik dan kebanyakan rumah telah diubah suai oleh pemilik sehingga boleh menampung sehingga 10 orang.

"Operasi akan terus dijalankan dalam usaha membendung PATI," ujarnya.

Antara warga asing yang ditahan menerusi Ops Sapu di unit pangsapuri di Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, Kuala Lumpur pada Khamis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama.