Mason mahu pegang Spurs

Iklan
RYAN MASON

RYAN Mason sekali lagi menegaskan dia bersedia menjadi ketua jurulatih Tottenham Hotspurs selepas kelab itu membatalkan niat mendapatkan Julian Nagelsmann.

Nagelsmann dikaitkan dengan kerusi panas di Spurs itu sejak meninggalkan Bayern Munich pada akhir Mac lalu.

Iklan
Iklan

Apabila Antonio Conte meninggalkan Spurs sejurus selepas Nagelsmann dipecat oleh Bayern, pengendali dari Jerman itu terus dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan.

Pelbagai spekulasi telah timbul, namun kelab itu dilaporkan tidak akan menemu duga pengendali berusia 35 tahun itu.

Iklan

"Saya sentiasa berkata saya bersedia. Saya bersedia untuk saat ini. Saya rasa seperti saya dapat membantu kelab. Itu perasaan saya secara amnya dan saya kekal dengannya.

"Itulah juga perasaan saya sejak kelab mempercayai saya untuk memikul tanggungjawab ini,"katanya.

Iklan

Pengendali Brighton, Roberto De Zerbi, bekas pengendali Sepanyol, Luis Enrique dan bos Feyenoord, Arne Slot antara calon dalam senarai pendek Tottenham.

Kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace hujung minggu lalu merupakan kemenangan pertama Mason selaku pengendali sementara pasaukan tersebut.