PRN Selangor: PN tak konsisten, celaru - Amirudin

Iklan
Amirudin (dua dari kanan) ketika hadir pada perasmian Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Petaling Jaya di Seksyen 1 di sini pada Sabtu.

PETALING JAYA - Perikatan Nasional (PN) tidak konsisten dan dilihat celaru dalam persiapan mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang dijadual diadakan tahun ini, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurutnya, kebanyakan kenyataan dikeluarkan pemimpin PN tidak berdasarkan fakta sebaliknya lebih kepada serangan politik semata-mata.

Beliau memberikan contoh mengenai nama Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang disebut bakal bertanding di Selangor namun sehingga kini tiada kesahihan mengenai perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Sebelum cakap mereka tidak fikir dulu. Itu beberapa aspek yang menunjukkan PN celaru dan tidak konsisten.

"Disebabkan itu saya tak respon secara rasmi kerana ia hanyalah serangan politik namun berdasarkan data, bukti dan fakta menunjukkan kita (PH) masih terbaik termasuk dari segi pembangunan ekonomi serta sosial," katanya Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Petaling Jaya di Seksyen 1 di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau menjawab pertanyaan media mengenai kemungkinan kedudukan PH akan tergugat jika strategi PN meletakkan nama-nama besar bagi PRN Selangor.

Ditanya mengenai keyakinan PN bakal merampas Selangor, Amirudin berkata, perkara tersebut bersifat retorik yang akan diulang setiap kali tiba pilihan raya.

Iklan

"Semua pihak akan menyatakan keyakinan untuk bertanding dalam pilihan raya termasuk mereka yang berkemungkinan hilang deposit. Keyakinan itu ditunjukkan, kalau tidak mereka tidak akan bertanding.

"Sejak tiga penggal yang lepas, pihak lawan pun macam itu tetapi PH bekerja dengan fakta dan meneruskan perkhidmatan dengan konsisten di setiap lokaliti.

Saya yakin dah pergi hampir semua DUN untuk bertemu rakyat dan menerima maklum balas positif," katanya.

Ujar beliau, PH juga boleh melaungkan keyakinan untuk kekalkan kemenangan di Selangor namun mahu memberi fokus untuk melengkapkan perkhidmatan dengan baik sebelum kempen dilancarkan.

"Mungkin ada yang kita terlepas pandang tapi kerajaan negeri sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa," katanya.

Sebelum ini nama Shahidan dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar antara nama besar yang disebut bakal bertanding di Selangor dalam misi merampas negeri itu daripada PH.

Bagaimanapun, Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, nama kedua-dua pemimpin tersebut tiada dalam senarai calon untuk mewakili Pas di Selangor.

Roslan mendakwa tiada sebarang perbincangan berkenaan perkara itu dan semua nama yang disenarai pendek oleh Pas berasal dari Selangor.