Dakwa Presiden Pas buat kenyataan berbaur hasutan
BERITA SEMASA 13 MEI 2023
Timbalan Organisasi DAP Selangor, V Papparaidu membuat laporan polis terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Hisyamuddin Ayub.
Katanya, laporan polis ini dibuat kerana kenyataan yang dibuat Abdul Hadi dalam sebuah portal baru-baru ini berbaur hasutan dan perkauman.
Iklan
Papparaidu berkata, beliau berharap tindakan tegas akan diambil dan lebih banyak laporan polis akan dibuat DAP dalam masa terdekat.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Iklan
#BeritaSemasa #SinarHarian