Terlelap sejenak, 'King' rempuh lima kenderaan

Iklan
Tangkap layar rakaman video yang tular di media sosial TikTok memaparkan kejadian kemalangan libat enam kenderaan di Jalan TTDI Groove 1/2, Kajang pada Selasa. (Gambar kecil: Mohd Zaid)

KAJANG - Lima buah kenderaan yang diparkir di Jalan TTDI Groove 1/2, di sini dirempuh sebuah kereta, pada Selasa lalu selepas pemandunya terlelap sejenak atau ‘microsleep’.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Myvi berusia 34 tahun itu dalam perjalanan dari Jalan TTDI Groove 1/1 menghala ke rumahnya di Taman Jelok Indah selepas membuat kerja penghantaran barang.

"Sebaik tiba di Jalan TTDI Groove 1/2, pemandu terbabit mengalami ‘microsleep’ lalu termasuk ke laluan bertentangan.

Iklan

Beliau berkata, pekerja pembersihan terbabit telah dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, semua pemilik kenderaan terbabit selesai membuat laporan pada jam 4 petang, hari yang sama.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu," ujarnya.

Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu di boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.