Daun kelapa jadi alternatif straw

Iklan
Cafe Editha menggunakan straw daun kelapa bagi memelihara alam sekitar. - Foto Facebook Cafe Editha

MANILA - FILIPINA . Seorang pemilik kafe di pulau Siargo mengambil inisiatif menggunakan daun kelapa bagi menggantikan penyedut minuman atau ‘lukay’ straw dalam usahanya untuk memelihara alam sekitar.

Lukay adalah istilah tempatan untuk daun kelapa.

Iklan
Iklan

Idea Sarah Tiu, 37, itu selari dengan usaha global untuk menghentikan pencemaran plastik, masalah yang telah memberi kesan buruk terhadap lautan dan hidupannya.

Sarah yang juga pengurus di Cafe Editha di Dapa, Surigao del Norte memberitahu Inquirer.net, dia memutuskan untuk menggunakan straw daun kelapa selepas satu lawatan ke pulau Corregidor dengan keluarganya.

Iklan

"Kami memesan air kelapa dan mereka gunakan straw dari daun kelapa yang dipotong. Kami minta mereka ajar kami kerana kagum dengan idea itu.

"Saya pernah gunakan straw keluli tahan karat dan kertas. Tetapi pelanggan tidak sukakannya,” katanya.

Iklan

Beberapa hari lalu, Sarah memuat naik beberapa gambar straw daun kelapa yang digunakan di kafenya dan memberitahu ia mudah dibuat selain senang terurai.

Kreativitinya menarik perhatian pengguna internet yang turut berkongsi idea mereka dalam mengimprovisasi penyedut minuman.

Sehingga hari ini, entri Sarah telah mendapat lebih 25,000 perkongsian dan lebih 14,000 reaksi. - Inquirer