Wanita buat kandungan 'lucah', menteri arah Jakim buat laporan

Iklan
Mohd Na'im

SHAH ALAM- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengarahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan berhubung seorang wanita menjadi pentadbir akaun Telegram yang mempunyai kandungan tidak bermoral.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, susulan kes itu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

Iklan
Iklan

Sebelum ini wanita terbabit aktif memuat naik kandungan yang berunsurkan seksual, membuka aib pasangan dan terbuka berkongsi mengenai hubungan kelamin.

Tambah Mohd Na'im, setiap manusia perlu mempunyai perasaan malu agar dapat menjaga akhlak.

Iklan

Tegasnya, terdapat perkara yang tidak perlu dibincangkan secara terbuka termasuk bab perhubungan intim suami isteri.

"Dalam sabda Nabi SAW"sesungguhnya di antara yang didapatkan manusia dari perkataan (yang disepakati) para Nabi adalah;"Jika kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu,”(HR Bukhari).

Iklan

"Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah. Ini bukan akhlak Islam,” katanya.