Ketam Nipah

Iklan

Seorang remaja Mohd Amir Darius Nor Azlan, 16, menjual ketam nipah di tepi jalan berdekatan Kampung Cherating, Kuantan, hari ini.

Mohd Amir yang masih bersekolah di tingkatan empat berkata, masa kelapangan cuti hujung minggu dia membantu ayahnya Nor Azlan Mohamad, 60, menangkap ketam dengan kaedah 'bito' di sekitar sungai Cherating dan menjualnya dengan harga antara RM45 hingga RM70 seikat bergantung kepada saiz dan gred.

Iklan
Iklan

Kebiasaannya dalam sehari dia berjaya menjual sehingga empat ikat. - Foto Bernama