Kapal Maritim Malaysia dalam penyelenggaraan terbakar

Iklan
Anggota bomba melakukan pemadaman di kapal milik Maritim Malaysia di Lumut. - Foto Ihsan Bomba

LUMUT - Sebuah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang dalam penyelenggaraan dilaporkan terbakar di dermaga Kampung Baru di sini pada Sabtu.

Laporan awal menyebut kejadian itu berlaku ketika kerja-kerja kimpalan dijalankan dalam kapal berkenaan.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung dan Ayer Tawar diatur gerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.14 petang.

"Pemadaman sedang dijalankan merangkumi tindakan 'defensive' dan 'offensive'. Pasukan telah masuk ke dalam kapal untuk kerja-kerja pemadaman dalam kabin," katanya.

Iklan
Iklan
Sebuah kapal milik Maritim Malaysia dilaporkan terbakar di bahagian kabin di Lumut pada Sabtu. - Foto Ihsan Bomba

Tambahnya, setakat jam 7 petang, operasi masih diteruskan.